Pada posting kali ini saya akan tunjukkan bagaimana cara menukarkan warna pada sesuatu objek.
1. Buka satu fail gambar yang hendak di tukarkan warnanya. Contoh : dalam imej ini saya akan menukarkan warna baju yang dipakai oleh model ini.
2. Dengan menggunakan magnetic lasso Tool atau poligonal Lasso Tool lukiskan ikut bentuk objek yang diperlukan.
3. Pada Menu Bar klik pada Image > Adjustments > Hue/Saturation (Crtl+U).
- Anda cuma perlu ubahkan nilai pada Hue/Saturation/Lightness dengan menggerakkan butang ke kiri atau ke kanan.
- Anda akan dapati warna objek yang anda select tadi turut berubah, setelah mendapat warna yang sesuai untuk objek tsb Klik OK.
4. Sekarang baju model tsb telahpun bertukar warna.
*p/s kalau nak tukar warna baju gambar pengantin semasa korang kahwin dulu boleh lah... bila org tengok ... woww!!!... byknye baju pengantin ni tukar.....hehehehe.....
0 comments:
Post a Comment