Dalam posting ini saya akan tunjukkan cara bagaimana hendak buang objek yang tak diperlukan dalam imej. Contohnya di sini saya akan buang atau padamkan pagar/kawat dawai pada gambar ostrich ini.
1. Buka satu fail imej.
2. Pergi ke Toolbox pilih Patch Tool.
- Anda juga boleh gunakan tool yang lain spt Healing Brush bagi mengemaskan lagi proses editing pada imej anda.
3. Dengan menggunakan Patch Tool lukiskan ikut bentuk objek yg hendak di padamkan itu seperti di bawah.
- Lakukan sedikit demi sedikit agar mendapatkan kesan yang halus dan kemas.
- Letakkan Patch Tool pada kawasan yang dipilih (selected area) klik(jgn lepas) dan gerakkan ke kawasan yang sesuai.
- Ia memerlukan ketelitian dan kreativiti anda sendiri agar tidak menjejaskan atau mencacatkan imej.
4. Akhir sekali anda akan mendapatkan hasil spt di bawah.
- Ini hanyalah contoh yg telah saya buat.
- Anda boleh lakukan dengan lebih halus dan lebih kemas lagi.
- Dengan menggunakan teknik ini anda juga boleh menghilangkan kesan jerawat pada muka dan kesan parut pada tubuh.
- Selamat mencuba.
0 comments:
Post a Comment