PHOTOSHOP: Mengibarkan Bendera

Tuesday, August 18, 2009 muraisenja

Assalamualaikum ......

Sempena bulan kemerdekaan ni kita moleklah kita mengibarkan Bendera Melaysia a.k.a Jalur Gemilang di rumah atau dimana-mana. Selamat menyambut hari kemerdakaan yg ke 52.

Dalam Tutorial kali ni saya akan tunjukkan cara bagaimana kita membuatkan bendera yg tegak/keras dan kaku supaya berkibar dgn menggunakan Photoshop.

Caranya sila ikuti langkah2 di bawah ni:

1. Buka satu fail gambar bendera Malaysia. Nak guna bendera lain pun boleh spt bendera negeri ke atau bendera parti pun boleh gak geng, terpulang pada anda lah ...asalkan bendera dah ler.
2. Dengan menggunakan Rectangular Marquee Tool (M) dan setkan Feathernya 30, buatkan segiempat meliputi 80% bahagian bendera tersebut seperti gambar di bawah.



3. Klik Filter --> Distort --> Wave. Setkan seperti gambar di bawah atau mengikut kesesuaian gambar anda dan mengikut citarasa sanubari anda sendiri agar bendera kelihatan berkibar.




4. Kemudian Klik OK.

Lihat sekarang bendera anda sudah pun berkibar.

Gunakanlah kreativiti anda agar bendera anda tampak lebih menarik. Sekian Wassalam.

0 comments: