PHOTOSHOP: Mengibarkan Bendera

Tuesday, August 18, 2009 muraisenja

Assalamualaikum ......

Sempena bulan kemerdekaan ni kita moleklah kita mengibarkan Bendera Melaysia a.k.a Jalur Gemilang di rumah atau dimana-mana. Selamat menyambut hari kemerdakaan yg ke 52.

Dalam Tutorial kali ni saya akan tunjukkan cara bagaimana kita membuatkan bendera yg tegak/keras dan kaku supaya berkibar dgn menggunakan Photoshop.

Caranya sila ikuti langkah2 di bawah ni:

1. Buka satu fail gambar bendera Malaysia. Nak guna bendera lain pun boleh spt bendera negeri ke atau bendera parti pun boleh gak geng, terpulang pada anda lah ...asalkan bendera dah ler.
2. Dengan menggunakan Rectangular Marquee Tool (M) dan setkan Feathernya 30, buatkan segiempat meliputi 80% bahagian bendera tersebut seperti gambar di bawah.



3. Klik Filter --> Distort --> Wave. Setkan seperti gambar di bawah atau mengikut kesesuaian gambar anda dan mengikut citarasa sanubari anda sendiri agar bendera kelihatan berkibar.




4. Kemudian Klik OK.

Lihat sekarang bendera anda sudah pun berkibar.

Gunakanlah kreativiti anda agar bendera anda tampak lebih menarik. Sekian Wassalam.

PHOTOSHOP: Cara Selamatkan Gambar Gelap

Monday, August 17, 2009 muraisenja

Salam sejahtera buat semua pelayar blog muraisenja. Untuk Tutorial Photoshop kali ini saya akan tunjukkan secara ringkas teknik/cara menyelamatkan gambar yg gelap.

1. Buka Fail gambar(gambar gelap) yang hendak dieditkan.


2. Duplicate layer gambar tersebut dan masukkan Blending Multiply.

- Klik Layer --> Layer Style --> Blending Option.

Pada kotak Blend Mode ubah kepada Multiply.

- Anda akan dapat efek sepertidi bawah.


3. Dengan menggunakan Elliptical Marquee Tool (M) buatkan bulatan pada tengah gambar dan Feather 30 ke 80 (ikut kesesuaian gambar).

4. Kemudian Copy (Ctl +C)



5. Pastekan (Ctr + V) pada layer baru. Tentukan layer tersebut diletakkan di atas sekali.



6. Adjustkan warnanya secukup rasa dengan menggunakan Color Balance.
- Klik Image --> Adjustments --> Color Balance


7. Buatkan bulatan sekali lagi dengan menggunakan Elliptical Marquee Tool (M) di bahagian atas sebelah kanannya dan masukkan Level Output untuk kelihatan keputihan.

- Klik Image --> Adjustments --> Level.

8. Buatkan satu lagi bulatan dengan menggunakan Elliptical Marquee Tool (M) di bahagian bawah sebelah kirinya pula dan masukkan Level Output untuk kelihatan gelap sedikit.



9. Akhir sekali masukkan warna sekali lagi dengan menggunakan Color Balance mengikut citarasa anda.

*Selamat Mencuba.