PHOTOSHOP : Urban Ink Photo Effect

Monday, November 30, 2009 muraisenja

Salam semua......

Kali ini wa akan tunjukkan pula membuat teknik Urban Ink Photo Effect.

1. Pilihan gambar terpulang korang ler. Tapi untuk membuat efek ini wa sarankan lu org gunakan gambar yang berlatar belakang agak cerah sedikit.


.
2. Duplicate Layer to create a copy of the layer">Klik Layer> Duplicate Layer atau Ctrl + J untuk copy layer background.


3. Adjustments > Threshold.">Pilih Image> Adjustments> Threshold. Laraskan slider input sehingga sebahagian besar latar belakangnya hilang dan hanya bayangan dari model tersebut sahaja menjadi hitam.


4. Klik mouse kanan pada layer background copy kemudian pilih Blending Options.

5. Kemudian sambil menekan butang Alt(jgn lepas), geser slider input putih pada Underlying layer ke arah kiri.
Klik OK setelah selesai. Jika imej korang tu latar belakangnya gelap, korang mungkin perlu menggunakan input slider hitam sebagai gantinya.
OK!!!.... ada paham.....




6. Pada Layer palette, klik pada gambar butang Create A New layer yg kat bawah sekali tu untuk membuat membuat layer baru.


7. Pilih Blending Options sekali lagi dan lakukan seperti step 5 di atas. Dimaklumkan pada step ini korang tidak akan melihat kesan apapun tapi ia akan membantu kita melihat keputusan akhir ketika kita menambah warna pada gambar utk step berikutnya selepas ini.


8. Dengan menggunakan Brush Tool warnakan bahagian yg hitam pada imej tsb. Bagi imej ni wa gunakan warna cyan, magenta dan yellow. Gunakan saiz berus yg besar dengan nilai Hardness = 0.


9. Jika perlu kembali ke pilihan Blending Options bagi menetapkan nilai pada Underlying Layer agar imejnya lebih menarik lagi.


10. Seterusnya klik pada layer background copy dan warnakan pada lapisan yg korang inginkan. Untuk imej ini wa guna warna putih dengan sais berus yg besar dan nilai Hardness = 0.


10. Selesai dan korang simpan hasil kerja korang tu.



PHOTOSHOP : Glowing Image

Sunday, November 29, 2009 muraisenja

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Idul Adha. Pada n3 kali ini wa akan tunjukkan satu lagi teknik dalam photoshop untuk mencantikkan imej atau gambar. Dalam kata lain manaikkan seri la. Teknik ni org kampung wa sebut "Glowing Image".



Sempena Raya Haji ni korang ambik gambar dan posing tak hingat..... ala-ala posing maut gitu. Jadi alang2 dah terlanjur berposing tu apa salahnya edit ler skit guna photoshop kasi lagi cun gambar potret korang tu.



Jom tengok langkah-langkahnya:




1. Buka fail gambar korang.







2. Klik tab Channels pada pallete. Kemudian klik pada Blue Channel spt di bawah.





3. Klik kanan dan Duplicate
Channel.





4. Langkah seterusnya klik Image > Adjustments > Curves atau Ctrl +M dan adjust seperti di bawah.












5. Kemudian klik Filter > Blur > Gaussian Blur dan adjust secukup rasa. Untuk gambar ini wa letak radius pada 25.0 pixels.





6. Lepas tu klik Select > Load Selection.





7. Pada tab Channels klik pada Channel RGB.





8. Sekali lagi klik
Image > Adjustments > Curves atau Ctrl +M jer kalau malas. Kemudian adjust seperti contoh di bawah.









9. Akhir sekali Ctrl + D untuk hilangkan selection (deselect). Jangan lupa simpan hasil kerja korang tu.