PHOTOSHOP : Gambar Pada Strip Filem

Thursday, October 8, 2009 muraisenja

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah hari ini saya diberi kesempatan bagi memuatkan entri/posting berkenaan Tutorial Photoshop. Untuk makluman semua pengunjung setiap tutorial yang dimuatkan di ruangan entri/posting ini tidak mengikut turutan secara formal. Ikut mana sempat jer la (ikut sedap akujer).



Ok pada kali ini saya akan tunjukkan cara membuat
Gambar Pada Strip Filem. Macam gambar kat atas tu.

1. Mula-mula sekali buka new file. Background Contens letakkan
Transparent dan saiz fail yg saya gunakan ialah A4.

2. Dengan menggunakan
Rectangular Marquee Tool buatkan segiempat dan warnakan dengan hitam menggunakkan Paint Bucket Tool
seperti di bawah.


3. Kemudian pilih
Backgroun Ereaser Tool , seterusnya lihat kat atas sbelah kiri tu anda akan lihat setting diameter untuk tool ini. Setkan diameter dan spacing seperti di bawah (saiz diameter dan spacing bergantung pada saiz imej anda).

4. Langkah seterusnya klik pada bahagian atas sebelah kiri kotak segiempat warna hitam yg anda buatkan tadi dan tekan
Shift jangan lepas, kemudian klik pada bahagian bawah sebelah kirinya pula. Lakukankan langkah yang sama pada sebelah kanannya pula. Jika dilakukan dgn betul anda akan dapat hasilnya seperti dibawah.

5. Seterusnya susun kan gambar anda pada strip filem anda sehingga penuh. (
macam mana nak letak gambar? - pandai-pandai korang ler)


6. Selepas tu pergi ke
Menu Bar dan klik pada Filter --> Distort --> Shear . Buatkan lengkungan sehingga memenuhi citarasa anda. kemudian klik OK.

7. Bagi mendapatkan efect yang lebih menarik anda klik pada
Layer --> Layer Style --> Blending Options (atau double klik jer imej pada pallete) . Klik pada Drop Shadow dan adjust mengikut kehendak anda (janji puas hati - tiada paksaan). Kemudian Klik OK

8. Hasilnya seperti di bawah. kalau nak tambah efect laing supaya lebih bergaya dan lebih menarik pun boleh. Sekian.