Gambar Warna Berlatar Belakang Hitam-Putih

Wednesday, January 21, 2009 muraisenja

Salam Semua. Pada posting kali ini saya akan tunjukkan teknik membuat gambar warna berlatarbelakang hitam-putih. Sudah bersedia? mari kita mulakan....

1. Buka satu fail imej.


2. Ciptakan satu layer baru.

3. Kemudia Select All pada imej(senang cerita tekan Ctrl+A) dan copy (Ctrl+C)

4. Pastekan (Ctrl+V) pada layer baru tadi.

5. Jadikan imej hitam-putih.

  • Pergi ke Menu Bar klik Image > Adjustments > Desaturate. atau nak lagi senang tekan Shift+Ctrl+U serentak.
6. Kemudian pergi ke Pallete klik pada icon Add Vector Mask.


7. Pergi ke Tollbar pilih Brush Toll yang sesuai.
  • *Penting.. pastikan set warna foreground hitam dan warna background putih.
  • Selepas set warna foreground dan background, tekan D sekali bagi menentukan foreground dia atas dan background di bawah.
8. Dengan menggunakan Brush Tool gosok pada objek yang hendak diwarnakan sahaja. contoh seperti di bawah.
  • Sekiranya semasa mewarnakan bahagian tertentu, tiba-tiba terkeluar atau telebih dari bahagian yang hendak diwarnakan tekan X dan padam balik (lihat foreground dan background akan berubah kedudukan)
  • Kemudian tekan X balik untuk meneruskan mewarna bahagian seterusnya sehingga selesai.
Selamat mencuba.

0 comments: